"Everywhere I Go, Everybody Ring My Bell"

Sunday, November 9, 2008

BAI BAI

Hari ini merupakan hari pertama saya berpisah dengan rakan-rakan saya. Rasa sedih dan kesunyianlah saya untuk 2 bulan yang akan datang. Setelah sama-sama berkeja selama 10 bulan banyaklah pengalaman pahit manis yang dilalui. Semua penat lelah yang dialami demi mendidik anak bangsa yang dicintai. Melihat anak murid kita bersorak kegembiraan apabila loceng terakhir tahun ini berbunyi amatlah menyeronokkan. Bukan disebabkan kita tidak akan melayan kerenah mereka tetapi kerana mereka telah berjaya melepasi tahun yang penuh cabaran.

Terasa sebak juga apabila melepaskan tingkatan 5 pada hari khamis lalu. Tahun ini saya seolah-olah melarikan diri pada saat terakhir kerana sedih melihat anak-anak buah meninggalkan saya. Saya rasa mereka pun sedih. Tiada lagilah mereka mendengar bebelan saya. Tiada lagilah renungan mata keliru apabila saya cuba menerangkan perbezaan inferens dan hipotesis. Keadaan menjadi lebih sayu pabila ada diantara mereka datang balik pada hari jumaat semata-semata untuk meminta maaf dan bersalam manja. Apalah yang saya boleh buat. Hanya doa restu dari cikgu supaya kejayaan dan kegemilangan akan dicapai.

Cukuplah nukilan kali ini sebelum saya meneteskan air mata. Sebelum meninggalkan bilik guru semalam, dengar-dengar ada orang yang akan melangsungkan perkahwinan. Baguslah. Kita sama-sama mengecapi bertapa manisnya alam berkeluarga. Semoga bahagia ke anak cicit.

Sesiapa yang nak turun memancing ke laut, berhati-hatilah kerana cuaca hujung tahun ini tidak menentu. Kalau turun dan dapat banyak ikan, ingat-ingatlah nombor telefon saya. Yang lain tu kalau ada cerita menarik dan pelik kirimkanlah melalui blok ini. Mana tahu ada yang sudi membacanya.

Sekian sahaja tingtong untuk kali ini. Hangailah apa yang baik-baik.

No comments:

Post a Comment

You Can "tingtong" Here. What You Say May Not Be True.